Thursday, December 6, 2012

Tukar Rim dan Cover Set Motor

28hb Nov lepas aku ada tukar cover set dan rim motorsikal Yamaha Lagenda 110z aku. Asalnya nak beli baju hujan GIVI jer, Singgah la satu kedai ni sebab tengok kedainya besar dan ada tulis perkataan GIVI. Sebenarnya aku tak pernah lagi pergi kedai ni. So aku pun tanya la tokei kedai tu yg merupakan seorang cina pasal baju hujan tu. Dia tunjuk baju hujan tu dan bagitahu harga baju hujan tu. Cantik dan harga pun berpatutan jugak tapi malangnya takder saiz M. Aku nak yang kecik jer tak nak yang besar sangat kan. So aku pun tak jadi belilah sebab nak cari saiz M punya la kan. Then aku usha-usha dekat kedai dia. aku tengok ada banyak jugak rim motor cantik-cantik punya tapi aku tertumpu kat satu rim ni yang aku memang cari dan nak beli. Rim jenis sporty untuk lagenda 115zr yang baru tu warna nya biru macam gambar dibawah. Memang cantik siot. Bentuknya memang sebijik dengan rim original dari Yamaha. Terbaik!!

Apalagi aku tanya la tokei kedai berapa harga rim tu. Terkejut jugak aku sebab dia bagitahu kat aku cuma RM200 siap pasang. Murah tu. Aku pernah tanya rim sebijik macam ni dekat kedai dekat flat sewa aku ni harganya RM300 dan tu rim sahaja ni bukan siap pasang beb. Tokei kedai tu cakap tu stock last yang ada. Kenapa lah dari dulu aku tak jumpa kedai yang baiki motor yang murah macam ni dekat area Petaling Jaya ni. So dengan tidak membuang masa dan setelah berkira2 bujet yang ada, aku bersetuju untuk beli rim tu. Memang cantik la rim ni. Aku dah rasa nasib baik sangat dapat jumpa kedai jual rim ni yang murah. Memang susah betul cari rim bentuk macam ni. Kalo ada pun bentuk dia lain sikit. Aku tak kisah original ke tak pentingnya bentuk mesti nampak original. Kalo cari dekat laman web mudah memang jumpa tapi biasanya barang yang dijual tu barang "panas". Tak baik beli barang curi ni. Tak berkat nak pakai atas jalan raya pastu nak buat pergi kerja. Baik cari yang halal punya. Lagipun beli barang curi ni seperti mengalakkan orang curi motor lak.
 Bukan tu jer. Aku siap tukar cover set motor lagi. Aku tukar cover set Yamaha Lagenda 110Zr version 2008 punya. Sesetengah orang panggil lagenda otomen. Aku tak kisah. Sebenarnya yang version Lagenda lama aku tu cantik juga. Motor aku Lagenda version 2007 yang lampunya ala-ala mata burung hantu tu. Tapi problem motor punya head dengan cover dia tak rapat. Nak cari yang coverset original baru ok kot. Sebab yang version aku ni jenis tak pakai skru nak bagi rapatkan head tu. So disebabkan kedai ni tawarkan aku tukar cover set dengan harga yang begitu murah so aku memang on jer la. Harga yang ditawarkan RM210 siap pasang. So motor aku dah jadi motor baru sekarang dan aku memang puas hati la shopping dekat kedai ni. Sebenarnya aku ni pernah kena tipu dengan kedai motor. Jarak kedai motor ni dengan kedai motor yang pernah tipu aku tu dekat jer. Memang aku takkan pergi lagi la kedai kimik tu. CLICK sini untuk baca pasal post kena tipu tu. So kepada korang nak baiki motor elok lah pergi kedai ni. Nama kedai ni LHY Motor Sdn. Bhd. Kedai motorsikal recommended area PJS dan Jalan Klang Lama dan NPE. Sebenarnya kedai ni kedai sparepart motorsikal. Pasal tu depa dapat jual spare part motor dengan harga yang cukup murah dan mereka jugak sediakan servis pasang sebab ada beberapa orang foremen dekat kedai tu yang akan membantu anda. Servis pasang free of charge beb.
 Sekarang tengah risau takut orang curi sport rim biru tu maklum la aku tinggal dekat black area (kawasan ramai orang jahat) so risau orang curi rim sebab rim macam tu memang hot. Risau takut kejadian rim motor kena curi berulang lagi. Dulu aku pernah gak pakai rim betul macam rim LC135 original ni. Aku ni buai selalunya memang kunci sebelah depan jer pakai fork lock. Pagi esoknya aku nak kuar cari makan tengok rim belakang motor aku dah hilang. Aku jugak perasan yang ada satu motor yang parking sebelah motor aku pun hilang rim jugak tapi dia punya rim depan. Motor tu pun pakai rim sebijik bentuk macam rim aku dan aku rasa motor tu punya memang original. Siot betul pencuri tu. Masa tu habeh la duit aku dalam RM300 tukar rim lain dan siap tayar sekali dan time ni aku tukar bentuk rim bentuk lain pulak. Tapi sekarang terasa nak pakai balik rim bentuk LC135 dan kebetulan kedai dan aku sebut diatas jual memang murah. So sebaiknya jika anda pakai rim LC135 tau aper-aper jenis rim yang bentuknya sebijik dgn gambar diatas walaupun tak original disarankan kunci depan belakang.Walaubagaimanapun aku memang puas hati lah upgred motor kali ni. Walaupun habeh dekat RM600 tapi jika barang dan servis yang bagus memang aku pastikan aku akan datang lagi kat kedai tu dan jika kedai tu penipu memang aku takkan jejak lagi kat kedai tu malah aku beritahu kat semua orang pasal kedai yang tipu orang ni.


0 comments:

Post a Comment

ANDA DIBERI PELUANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ANDA.

Note: Only a member of this blog may post a comment.