Thursday, September 27, 2012

SPA : Apa Kelayakan Sebenarnya

Hari ni aku login masuk laman web SPA iaitu portal permohonan pekerjaan untuk sesiapa yang ingin memohon kerja dengan kerajaan persekutuan. Dah lama tak kemaskini permohonan. Sebenarnya bukannya permohonan aku tapi permohonan adik aku Mira yang sekarang menganggur. Hari tu baru jer berenti kerja dekat kilang MacFood. Kecian Mira. Mira adik aku memiliki Diploma Kejuruteraan Elektronik dari POLISAS  baru tamat pengajian bulan 6 tahun lepas.

Ok berbalik kepada permohonan dan tajuk post untuk hari ni. Aku memang pelik dengan kritiria pemilihan untuk berjaya dalam permohonan sekurang-kurang layak untuk temuduga. Iyalah, masuk ni dah berbelas-belas jawatan dalam laman web tu aku mohon. Sehingga kini satu jer yang dipanggil temuduga iaitu jawatan pembantu meteorologi gred c17 namun tak berjaya. Aku tak der la mintak jawatan tinggi pun hatta setaraf jawatan diploma. Aku mintak jawatan yang pakai sijil (adik aku pun ada sijil politeknik jugak) pun tak dapat dan pakai SPM jer pun tak dapat jugak. Pelik bin ajaib bila tengok status urusan permohonan di tulis " TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA" kepala otak dia sebab semua jawatan yang diminta semuanya yang cukup syarat mengikut apa yang dikemukan dalam laman web tu juga aleh2 check status tak lepas syarat kelayakan pulak. Lihat dibawah snapshot jawatan pernah mohon dan tak dapat atas alasan yang cukup stupid


Cian betul kat adik aku. Memang pelik la nak mintak jawatan dekat SPA ni. Nak mintak latihan yang bertaraf sijil pun pun tak layak jugak contohnya Latihan Jururawat Masyarakat dan Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian padahal syarat-syarat kelayakan memang dipatuhi. Cuba tengok kat bawah contoh syarat kelayakan jawatan pernah dimintak.



Aku tak kisah sekiranya dipanggil temuduga dan tak dapat sekurang2 logik sikit ni aper kejadahnya tidak melepasi syarat kelayakan sebab ternyata di website SPA ni cukup jer syarat kelayakan. Agaknya memang betul apa yang digemburkan pasal kemasukan ke jawatan kerajaan memerlukan " cable" atau kroni untuk jawatan mudah dan jawatan rendah seperti jawatan ni. Kata nak banteras rasuah tapi kalo ni la jadinya aper kes ni. Nampak nya sampai sudah la adik aku tak dapat kerja melalui SPA ni. Lebih baik letak jer syarat kelayakan spesifik agar pemohon benar tahu mereka sebenarnya layak atau tak. Ni letak syarat lulus SPM sahaja tapi bila orang yg kelayaka lulus SPM tu mohon dikatakan tidak melepasi syarat kelayakan pulak. Ini la kerajaan kita. Tapi menepati tak dengan slogan janji ditepati tu.

0 comments:

Post a Comment

ANDA DIBERI PELUANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ANDA.

Note: Only a member of this blog may post a comment.