Thursday, June 28, 2012

Tukar Cermin Kereta Crack

Hari ini aku baru jer tukar cermin kereta aku. Cermin kereta aku crack. Mula-mula sikit jer pastu lama dah jadi panjang dalam 25cm gitu. Sebenarnya aku tak kisah sangat la pasal cermin kereta ni sebab tak der la menganggu pandangan driver pun tapi disebabkan aku ada bayar windscreen insuran dan insuran kereta aku mati bulan 8 ni so nak tak nak kena la gak cari jalan claim insuran tu.



Sebenar proses claim windcreen insuran pakai AmAssurance ni Ok juga. Aku ingatkan kena buat report polis ke aper. Sebenarnya tak payah tu semua. Just pergi jer dekat mana-mana cawangan AmAssurance yang terdekat. Kalau macam aku ni yang terdekat cuma dekat KL dan Klang jer. So disebabkan malas bersesak2 dengan jem dekat KL aku pilih untuk pergi dekat Bandar Baru Klang jer. Ni la cawangan AmAssurance dekat Klang. Staff baik2 dan akan bagitau apa yang perlu kita buat dan mana bengkel panel yang boleh kita tukar windcreen tu.




Ni nama kedai bengkel panel yang aku pergi tukar cermin tu. Kedai ni cuma depan-depan bank tu jer. Aku terus pergi kat sini jer. Tunggu boleh tahan lama jugak sebab masa tu pekerja kat sini telah tinted cermin kereta Honda Odyssey Lama dan sebijik kereta Mercedes menanti untuk tukar cermin juga. Cermin kereta Mercedes tu pun crack tapi tak seteruk crack kereta aku la.




Namun nasib aku baik kot sebab perkerja bengkel tu tukar cermin kereta aku dulu mungkin sebab dia tengok aku menunggu kat situ. Pemilik kereta Mercedes ni tinggal kereta dia. Mungkin lambat lagi amek balik kereta. So aku amat mengucapkan terima kasih kepada pekerja. So sekarang kereta aku dah elok balik cerminnya. Tinggal nak beli viper baru jer la. Sebenarnya ada lagi yang rosak kat kereta tu tapi tak per la. Aku tak der duit ni. Ni pun nasib baik free sbb claim insuran. So aku sarankan kalo nak amek windsreen protection insuran baik amek AmAssurance ni. Next insuran payment ni aku bayar lagi utk windscreen ni. Bukan banyak pun RM90 jer. Kalau tukar cermin sendiri paling tidak habes RM500. So pikir la ek..

0 comments:

Post a Comment

ANDA DIBERI PELUANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ANDA.

Note: Only a member of this blog may post a comment.